
Hello
! hari ini saya akan memberi informasi tentang permainan yang ada di dalam gambar ini.
Permainan ini adalah Tarik Upih.Permainan ini hanya perlu upih yang besar dan tidak mudah terkoyak.
Tarik Upih selalunya dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN.
Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita. Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu.
Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja.
Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma lecehnya, upih ni nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main. Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu.
Biasanya yang lebih tua / besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya .
saya pernah bermain tarik upih..tetapi saya tidak mengunakan upih,saya mengunakan tikar.
walaupun saya mengunakan tikar ia tetap seronok..
Itu sahaja saya dapat kumpulkan.
Byyee!
HafizahLabels: tarik upih-3 Julai 2010
♥our lips must always be sealed
8:18 PM